Pada cuti
pertengahan semester yang lalu, aku telah melakukan aktiviti iaitu Visit
Kelantan 2018.. Sebenarnya, perancangan untuk bercuti ke Kelantan telah lama
dirancang. Dari semesrtae satu lagi aku dan mida merancang untuk balik Kelantan
dan bercuti. Lebih-lebih lagi apabila mida sendiri adalah orang Kelantan. Aku
sebenarnya dah lama tak pergi Kelantan, so ini adalah peluang untuk aku ke sana
dan merasai sendiri pengalaman berada di negeri yang diberi gelaran Cik Siti
Wan Kembang.
Pada pendapat aku,
Kelantan adalah sebuah negeri yang cantik dan penuh dengan nilai-nilai Islam
yang kuat. .Perkara pertama yang membuat aku jatuh cinta dengan Kelantan adalah
penggunaan tulisan jawi pada papan tanda kedai sangat banyak digunakan. Tuliaan
jawi ini digunakan hampir pada semua papan tanda kedai. Aku rasa bangga sebab
masih ada negeri di Malaysia ini yang memperjuangkan tulisan jawi. Pada zaman
yang semakin kurang orang menggunakan tulisan jawi, Kelantan masih kuat
mempertahankannya dan bangga menggunakan tulisan jawi. Selain itu, papan tanda
iklan yang digantung di Kelantan juga menggunakan model perempuan yang menutup
aurat dan memakai pakaian yang sopan. Hal ini kerana Kelantan sangat
mementingkan nilai-nilai Islam. Aku rasa kagum sangat dengan peraturan dan
undang-undang di Kelantan. Aku lebih rasa dengan dekat bila nilai-nilai Islam
itu dipraktikan di Kelantan.
Selain itu,
rakyat-rakyat Kelantan tidak kira bangsa dan agama boleh menuturkan dialek
Kelantan dengan fasih dan lancar.. Rakyat Kelantan yang bukan berbangsa Melayu
juga dapat menuturkan dialek Kelantan
dengan lancar dan penuh yakin.. Aku rasa macam berada di dunia lain bila
dengar diorang kecek Kelantan..hehehe..
Sepatah haram aku
tak faham..hahaha.. Tapi aku suka dengar.. Sebab kalau kat tempat aku sendiri
jarang boleh dengar orang menggunakan dialek negeri kecuali orang-orang yang
tua…Walaupun Kelantan kurang dari segi pembangunannya, tetapi bagi aku,
Kelantan adalah sebuah negeri yang semakin pesat membangun..Sebuah negeri
sangat sejahtera..
Ada rezeki panjang
umur kita bertemu lagi…
Cintaku tertinggal
di Kelantan….
No comments:
Post a Comment