Pada minggu
keenam, ProfDrN telah memberikan tugasan baharu iaitu mengenai simpulan bahasa.
Pelajar BBM3410 telah diarahkan untuk mengambil gambar berdasarkan simpulan bahasa
yang telah dipilih. Sebanyak 10 jenis simpulan bahasa yang telah dipilih oleh
kumpulan Akasia Production untuk dipersembahkan dalam bentuk gambar. Antara simpulan bahasa yang dipilih adalah
panjang tangan, mata duitan, anak emas, pasang telinga, gulung tikar, rabun
ayam, cuci mata, kaki bangku, perang mulut dan panas baran.
Setiap ahli
kumpulan telah diagihkan simpulan bahasa yang berlainan untuk dilakonkan.
Setiap gambar yang diambil haruslah berkaitan dengan simpulan bahasa yang
dipilih. Aku secara suka, terpaksa dan akhirnya aku pasrah untuk memilih
simpulan bahasa pasang telinga dan perang mulut. Bagi simpulan bahasa pasang
telinga, aku, dzuraini dan syudha telah melakonkan watak simpulan bahasa itu.
Manakala, bagi simpulan bahasa perang mulut akau telah berpasangan dengan fatin
nadia. Bagi aku, tidak ada masalah untuk aku berpasangan dengan fatin nadia
kerana secara realitinya kami memang selalu berperang mulut..Tiada satu hari
pun di UPM yang aku x berperang dengan dia…hahahaha..harap kau baca fatin..
No comments:
Post a Comment