Followers

Thursday, November 15, 2018

BBM3410/18 : Pasar Siti Khadijah, Kelantan!






Asalamualaikum.. Hye.. bersambung lagi dengan entri Visit Kelantan 2018.. So, seperti tajuk di atas, aku nak share dengan korang tentang satu tempat yang memang wajib korang pergi kalau datang Kelantan, iaitu Pasar Siti Khadijah.. Pasar ini mempunyai 3 tingkat tak silap aku…Kalau aku salah betulkan ye.. Aras pertama atau yang paling bawah sekali adalah aras yang menjual barangan basah seperti ikan, sayur dan lain-lain.. Terdapat juga barangan kering seperti ikan bilis dan barang dapur..Pada tingkat pertama ini juga terdapat bahagian yang menjual makanan.. Kalau korang datang sini, mesti korang rambang mata sebab tak tahu nak makan makanan yang mana..semua nampak sedap..Rasa macam nak cuba semua benda tapi apakan daya, kapasiti perut aku nie kecil je.. Tak muat nak sumbat semua makanan..hahaha..



Aku teringin sangat nak makan di kedai Kak Ani Sup Perut..Kedai ni sangat femes kat Kelantan..Sebelum aku datang sini aku dah google siap-siap dah kedai mana yang aku nak pergi.. Ramai yang bagi cadangan untuk makan kat sini sebab katanya sup perut kat sini sangat sedap..dan YES!! Sangat SEDAP! Dan yang membuatnya lagi sedap adalah bila korang makan sup tu betul-betul di depan dapur yang tengah masak.. korang boleh nampak sendiri Mok cik Ani tu masak sup korang tu.. Rujuk pada gambar yang aku lampirkan tu ea.. Bukan nak cakap  apa la.. tapi Sup Perut kat sini memang sedap.. Kuantiti makanan banyak dan harga pun berpatutan.. So far, aku puas hati makan kat sini..
                                                                                                                     
Lepas dah mengisi perut yang lapar tu, aku dan mida menyelesaikan misi mencari barang seveniour untuk bawa balik ke rumah.. Antara barang yang aku beli untuk bawa balik adalah, keropok kering, serunding daging, kudapan-kudapan dan akhir sekali semestinya budu! Hahaha..nie tipu! Heeee..Aku tak makan budu so aku tak beli.. Masa tengah jalan- jalan cari barang tu, ada satu kedai jual ikan bilis ni mencuri perhatian aku..Yang buat aku nak tergelak tu adalah nama-nama ikan bilis yang diberi. Sumpah lawak wei nama ikan bilis tu.. Sadis betul..hahaha.. Aku tak tahu pulak yang ikan bilis punya suami pun pandai nak curang..Kemain gatal ea ikan bilis nie..hahaha Sila rujuk pada gambar yang dilampirkan..







No comments:

Post a Comment