Okay
baiklah..Berjumpa lagi kita pada entri kali ini yang bertajuk seperti yang di
atas. Boleh bacakan kan semua..Tak akan
aku nak ulang..hahaha
Okay dah
dah..Seperti tajuk yang tentera di atas.. Aku ingin dedikasikan entri kali ini
mengenai sahabat yang sangat aku sayangi iaitu Nur Emalia Binti Mohd Fouad. Sepanjang
aku berkawan dengan dia, banyak kisah lucu yang berlaku antara kami.. tetapi
kali ini aku nak bercerita tentang kisah yang paling lucu pernah kami semua
alami dengan insan yang bernama Nur Emalia ini.
Kisah Pertama (
Aku Rabun Jauh Bukan Rabun Ayam)
Kejadian ini
berlaku di latar siswa fbmk iaitu semasa kami berbincang tentang tugasan
simpulan bahasa yang diberikan oleh ProfDrN. Dalam simpulan bahasa itu, kami
ada memilih simpulan bahasa iaitu Rabun Ayam. Simpulan bahasa rabun ayam ini
asalnya akan dilakonkan oleh Nur Emalia. Tiba-tiba..kawan aku Fatin Nadia
meyoalkan sesuatu kepada Nur Emalia. Perbualannya berbunyi…
Fatin Nadia :
Emma..kau rabun ayam kan?
Nur Emalia : Eh
tak..Aku rabun jauh..
Suasana tehenti
seketika dan kami satu kumpulan ketawa terbahak-bahak mendengar jawapan spontan
yang keluar daripada mulut Nur Emalia. Persoalan Fatin Nadia maksudkan adakah
Nur Emalia yang melakonkan watak rabun ayam tetapi dengan secara spontan
mengaku dia rabun jauh sedangkan sah sah kami tahu tahap kerabunan dia
itu..hahahahaha…Tak perlu kau nyatakan lagi emma yang kau sememangnya rabun.
Kisah kedua ( UPM
have Girrafe)
Kisah ini berlaku
ketika aku dan ahli kumpulan LAX sedang merakam video lax kami. Isu yang kami
bincangkan adalah tentang lawatan ke Ladang 16 UPM. Kami memberikan pandangan
masing-masing tentang keistimewaan yang terdapat di Ladang 16 UPM. Ketika
giliran Emalia memberikan hujahnya, dia dengan penuh yakin dan bersemangat
mengatakan yang UPM mempunyai haiwan peliharaan iaitu zirafah..Cuba korang
bayangkan bagaimana kami nak kawal tahap gelak yang hampir membuat perut pecah
sedangkan video itu dirakam secara live. Aku dengan bahu terhenjut-henjutnya
menahan daripada ketawa sebab selama 3 tahun di sini, aku belum dengar lagi
yang UPM bercadang nak bawa zirafah ke ladang 16. Aku tertanya-tanya dari mana
maklumat yang dia dapat yang mengatakan UPM menternak zirafah..ohh emalia..
sungguh aku tidak tahan…Tidakkah dia sedar zirafah yang dia katakan itu adalah
dirinya sendiri…hahahaha….Aku rasa dia teringin nak tengok zirafah berlari-lari
dengan riangnya di Ladang 16…Taka pa Emalia, nanti aku bawa kau ke Zoo Negara..
Kita sama-sama melihat zirafah di kandang sambil makan aiskrim..heeeee…
Walaupun Emalia
yang kami kenal ini penuh dengan sifat kelakarnya…Tetapi percayalah dia memang
kelakar....Emma!! Saranghea! Aku ada sediakan pantun untuk Emalia..Hayatilah…
Nur Emalia Fouad
nama diberi,
Orangnya cantik
persis bidadari,
Keletahnya kelakar
penghibur hati,
Orangnya tinggi
baik budi pekerti,
Bolehlah nak PM
tepi kalau nak buat isteri..
HAHAHAAAA...NGEK LAAA..kelakar wei baca pasal diri sendiri.. saranghae cinggu..
ReplyDelete