Followers

Tuesday, November 6, 2018

BBM3410/18 : MUSIC VIDEO ONE SHOT



Aktiviti pada minggu ketujuh ini, ProfDrN telah memberi tugasan baharu kepada pelajar BBM3410,Multimedia Dalam Bahasa iaitu perlu menghasilkan music video yang berbentuk One shot. ProfDrN telah menerangkan secara terperinci tentang cara musik video ini perlu dihasilkan. ProfDrN telah menunjukan contoh music video dari Bruno Marz iaitu The Lazy Song sebagai rujukan contoh video one shot yang baik. Pelajar diminta untuk memilih satu lagu dan menghasilkan musik video berdasarkan lagu yang telah dipilih mengikut kreativiti kumpulan masing-masing.

Pada awalnya, kumpulan Akasia Production telah memilih lagu Pematah Hati nyanyian Nabila Razali untuk sebagai lagu music video kumpulan kami. Tetapi oleh kerana terdapat beberapa masalah, kumpulan Akasia Production telah menukar kepada lagu Tamparan Wanita nyanyian kumpulan Elite sebagi lagu music video yang akan dihasilkan. Kumpulan kami menggunakan topeng mata sebagai barang prop untuk music video ini. Kumpulan kami juga mencipta step yang tersendiri mengikut kreativiti ahli kumpulan supaya music video yang kami hasilkan kelihatan lebih menarik…Nantikan ye…


No comments:

Post a Comment