Pernah dengar
tentang Starch atau dalam bahasa Melayunya Kanji???
Menurut kamus
dewan, kanji adalah sejenis bahan yang digunakan untuk membuat gam. Manakala,
definisi kanji ataupun Starch dalam kamus hidup aku adalah sejenis spray baju
yang mampu mengeraskan fabrik. Starch yang dimaksudkan di sini adalah pengeras
awning tudung aku. Starch ini berfungsi untuk mengeraskan awning tudung agar
tudung yang aku pakai akan kelihatan kemas dan on point. Kerana bagi aku, on
point itu penting ..Tetapi starch ini juga mempunyai kelemahannya tersendiri.
Kelemahan starch ini adalah??? Jeng…jeng…jeng.. AIR! Aku paling lemah bila berjalan dalam hujan. Aku boleh terima
badan aku basah tetapi jangan tudung aku yang basah. Hal ini kerana jika hujan,
tudung aku akan lembik dan penyet seperti ayam penyet makcik cafe
serumpun..hahahaha…Justeru itu, starch adalah benda penting yang perlu ada dalam hidup aku kerana tanpa
starch hilang lah keyakinan diri seketul AmiraAbriza!
Ohhh..lupa, pada masa akan datang, aku juga telah berangan-berangan yang aku sendiri pun tak
tahu ia akan jadi kenyataan atau tidak.. Tapi tak salah kan aku berangan??
Hahaha.. Aku mempunyai impian untuk menjadi pengasas spray starch tudungku sendiri. Akan
aku namakan produk starch aku Starch On Point! Janji Tak Lembik! Hal ini kerana
aku takut dunia akan berhenti mengeluarkan produk STARCH
Nah aku belanja gambar tudung aku yang on point menggunakan starch..
Go amira..aku sokong kau nak buat jenama starch sendiri. haaa Sampai tua laa kau jadi pencinta bawal erk.hahaha
ReplyDeleteNanti aku beli #supportmember