Followers

Thursday, October 11, 2018

BBM3410/18 : UPM Tiada Air!



Pada minggu lepas, pihak MPP UPM, telah menghebahkan kepada pelajar bahawa UPM akan mengalami masalah gangguan air selama 3 hari bermula dari hari selasa 9/10/2018 sehingga hari khamis 11/10/2018. Masalah ketiadaan air di kolej ini sangat menyukarkan aktiviti pelajar di kolej. Pelajar di kolej terpaksa menadah air yang banyak di dalam baldi bagi memudahkan urusan pembersihan diri. Baju yang kotor juga tidak dapat dibasuh kerana perkhidmatan dobi juga tergendala kerana masalah air ini. Setelah berada di kediaman kolej daripada semester satu lagi, masalah gangguan air kerap menghantui pelajar-pelajar di sini.

Oleh itu, pihak pengurusan Universiti Putra Malaysia dan majlis perwakilan pelajar MPP UPM perlu mencari jalan penyelesaian kepada masalah gangguan air ini. Hal ini kerana masalah gangguan air ini sangat menganggu kelancaran aktivi pelajar di kolej.
Jangan tanya kenapa ramai yang pergi kelas macam zombie..hahaha..
Betabahlah ye kawan-kawan..Sesungguhnya Allah menguji kita..hmmmm..

BBM3410/18 : Teh Hijau Menu Diet Saya!




Asalamualaikum..Hye..

Entry hari ni aku nak share tentang teh hijau atau lebih dikenali sebagai Green tea. Aku dah mengamalkan minum teh hijau ni dalam 3 minggu. Niat dan matlamat utama aku minum teh hijau ini adalah untuk menguruskan badan sebenarnya. hahaha..aku sedar diri badan aku dah naik mendadak lepas raya hari tu..Semakin berkembang dengan sihat badan aku ni. So, risau punya pasal aku pun google beberapa tips yang boleh diamalkan untuk mengurangkan berat badan. Banyak tips yang diberikan tetapi yang paling menarik aku jumpa adalah mengenai kurus dengan teh hijau. Aku memilih teh hijau kerana yang pertama adalah sebab harganya yang lebih murah dan senang untuk dibeli. 

Amtara kebaikan teh hijau ini adalah dapat meningkatkan mentabolisma dalam badan. Jika mentabolisma dalam badan tinggi akan dapat mencepatkan lagi proses penurunan berat badan.


BBM3410/18 : Setiap Rezeki Kita Ada Bahagian Orang Lain


Asalamualaikum..Hari nie aku nak share tentang rezeki. Pada hari Rabu minggu lepas, aku telah kehilangan duit di dalam tabung. Jumlah duit yang aku hilang tu tidak perlulah aku jelaskan berapa jumlahnya tetapi peristiwa itu sangat menyedihkan dan buat aku rasa kecewa. Yela hasil titik peluh aku menabung kot tapi boleh hilang macam tu je.. Perasaan pertama yang aku rasa, memag marah sebab aku rasa perbuatan mencuri tu sangat tidak patut dilakukan. Lebih-lebih lagi sebagai mahasiswa yang sedang belajar. Aku tak tahu apa perasaan orang yang mencuri duit tu dan gunakannya tanpa ada rasa bersalah. Aku yang guna barang orang tanpa kebenaran pun rasa bersalah kalau tak minta kebenaran dulu. Rasa geram tu tuhan je tahu.. Samapai aku nak berdoa je untuk Allah temukan aku dengan orang yang mencuri duit aku tu..Benda pertama yang aku nak tanya ialah kenapa dia curi duit aku. Kalau betul dia dalam keadaan terdesak dan memang memerlukan duit, insyaALLAH ada rezeki lebih aku boleh bagikan. Tetapi kenapa perlu mencuri untuk mendapatkan duit.


Sampailah satu hari tu, ada seorang hamba Allah yang mengatakan kepada aku ayat ini "Setiap rezeki bukan milik kita seorang tetapi ada bahagian orang lain". Ayat nie betul-betul menyentap hati aku. Memang ada kebenarannya ayat ini kerana bukan semua yang kita ada milik kita sahaja tetapi mungkin ada hak orang lain. Dalam kes aku ini, mungkin Allah nak bersihkan rezeki aku dengan menghilangkan sedikit duit aku untuk orang lain. Cara duit itu diambil itu  mungkin salah tetapi itu memang bahagian yang telah Allah tetapkan untuk dia..Kesimpulannya, kita perlu bersangka baik dengan apa sahaja masalah dan dugaan yang Allah berikan kepada kita dan sentiasa bersyukur dengan apa sahaja rezeki yang diberi walaupun kecil di mata kita tetapi besar di mata pencipta..










Wednesday, October 10, 2018

BBM3410/18 : Fotografi FLATLAY


Pada minggu kelima ini, Prof. Dr. Normaliza telah memberi tugasan iaitu kumpulan kami perlu mengambil 4 jenis gambar berbentuk Flatlay. Setiap jenis Flatlay ini perlu 5 gambar yang berlainan produk. 4 Jenis Flatlay ini juga perlu ada tema yang dipilih sendiri oleh kumpulan kami. 4 jenis Flat yang telah ditetapkan adalah, yang pertama, iaitu Flatlay, Half Flatlay, Quarters Flatlay dan akhir sekali Zero Flatlay




Flatlay



                                                                         Half Flatlay




                                                                    Quarter Flatlay


                                                                 Zero Flatlay

Gambar jenis Flatlay merupakan satu kaedah mengambil gambar  dengan meletakkan produk-produk yang telah dipih mengikut tema yang ditetapkan dari arah atas. Mengikut nasihat yang telah diberikan oleh Prof. Dr.N, bagi memastikan gambar yang diambil tidak terlalu padat dan berserabut, props yang digunakan haruslah dikurangkan. Props yang kumpulan kami gunakan kebanyakkanya adalah bunga dan barang-barang alam semulajadi. Kami banyak memainkan faktor warna dalam gambar yang kam hasilkan. Gabungan warna yang dipilih adalah bertujuan untuk menaikan seri gambar tersebut.

Tema yang kami pilih untuk tugasan ini adalah Travel, Food, Gadget, Make-up dan Stationery. Kesemua produk yang kami pilih adalah barang-barang kepunyaan ahli kumpulan kami sendiri. Antara produk yang kami gunakan adalah seperti telefon bimbit, jam tangan, alat tulis dan sebagainya. Barangan ini kami susun mengikut kreativiti masing-masing supaya ianya kelihatan menaik dan cantik.



Proses mengambil gambar ini kami lakukan di sekitar kawasan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM dan di kawasan Kolej 12, UPM. Kesemua ahli kumpulan kami terlibat dalam proses mengambil gambar flatlay ini. Kami menggunakan latar seperti rumput, batu dan kayu sebagai latar kepada gambar kami ini. Aktiviti ini dilakukan pada waktu tengahari dan pencahayaan bagi gambar yang kami hasilkan sangat memuaskan dan menarik.         



Tuesday, October 2, 2018

BBM3410/18 : AKTIVITI FOTOGRAFI

Pada hari rabu minggu lepas bersamaan dengan 26 September 2018, saya dan ahli kumpulan saya telah melakukan tugasaN yang telah diberikan oleh Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim iaitu mengambil gambar fotografi mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Ahli kumpulan kami iaitu kumpulan Akasia telah mengambil gambar di Bukit Ekspo UPM bagi menyelesaikan tugasan ini. Antara jenis gambar yang diambil ialah long shot. Gambar jenis long shot ini perlulah diambil dari jarak yang jauh dan perlu menempakan keselurahan permandangan. Gambar yang kedua pula ialah jenis medium shot. Gambar medium shot ini pula perlu menampakan sebahagian badan sahaja.

Selain itu, gambar jenis potrait juga telah diambil. Gambar jenis potrait ini perlu memfokuskan kepada muka dan sebahagian tubuh badan model. Gambar yang seterusnya pula ialah jenis Mugshot. Gambar Mugshot ini pula perlulah menampakan keseluruhan muka dengan jelas dengan sedikit bahagian bahu. Gmabar jenis over the shoulder juga turut diambil. Gambar jenis ini perlu diambil menerusi bahu seseorang uintuk melhat permandangan di depan. Akhir sekali adalah gambar jenis birds eye niew. Gambar jenis ini perlu memperlihatkan permandangan dari atas seperti burung.

BBM3410/18 : PESTA MAKANAN

Pada 25 September 2018, Muzium Warisan Melayu, Universiti Putra Malaysia telah mengadakan program Pesta Makanan Tradisional Melayu. Program ini telah diadakan bertujuan untuk memperkenalkan dan menghidupkan kembali makanan tradisional Melayu kepada generasi pada masa kini. Program ini memberikan pendedahan kepada pelajar untuk mempelajari cara masakan dan merasai sendiri masakan melayu tradisional yang susah untuk kita jumpa pada masa hari ini. Para peniaga yang mengikuti program ini telah memperkenalkan makanan mereka untuk dijual kepada penmbeli. Para pelajar juga telah diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam sesi penjualan makanan.

Antara pensyarah yang mengambil bahagian untuk menjual makanan ini adalah Dr. Rohaidah Kamaruddin dan Dr. Norazlina Mohd Kiram. Dr. Rohaidah Kamarudin telah menjual makanan tradisional Negeri Sembilan. Antara makanan tradisional Negeri Sembilan yang dijual ialah ikan sembilang masak lemal cili api, telur itik masak lemak cili api dan sebagainya. Dr Norazlina Mohd Kiram pula telah menjual laksa yang telah dimasak oleh beliau sendiri. Melalui aktiviti ini, pelajar berpeluang merasai air tangan pensyarah sendiri.

BBM3410/18 : ABAH SAYA

BBM 3410 Abah Saya

Saya merupakan puteri kepada Encik Abriza Bin Jalil. Abah saya adalah idola dan sumber inspirasi saya. Abah adalah seorang yang penyayang tetapi tegas dalam mendidik anak-anaknya. Sebagai seorang anak saya telah dididik untuk menjadi seorang yang kuat dan tidak mudah berputus asa.
Setiap ujian dan dugaan yang datang, perlu dilaui dengan tenang dan sabar jerana setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Kata-kata yang sering diucapkan oleh abah adalah, "Kita yang buat dia, bukan dia yang buat kita". Kata-kata ini bermaksud kita perlu menguasai sesuatu masalah dan bukan masalah yang menguasai kita.Setiap kali saya berasa sedih dan tidak bersemangat, saya akan mengingat kembali kata-kata abah saya ini. 

Selain itu, abah saya juga mempunyai hobinya yang tersendiri. Abah sangat suka bersukan dan melakukan aktiviti yang lasak. Abah merupakan seorang yang sangat mementingkan kesihatan tubuh badan. Oleh itu, abah akan memastikan kesihatan tubuh badannya berada dalam keadaan baik. Abah selelu berjogging setiap petang setalah pulang dari kerja. Abah juga suka bersiukan seperti bermain badminton. Aktiviti bersukan ini abah akan lakukan secara berterusan untuk memastikan tahap stamina abah berada dalam keaadaan yang baik. Abah juga sangat mementingkan pengambilan makanan yang sihat. Abah akan menasihati saya untuk mengurangkan pengambilan makanan yang tidak berkhasiat seperti makanan segera kerana ianya tidak berkhasiat dan memudaratkan badan bagi tempoh masa yang panjang.