Followers

Wednesday, October 10, 2018

BBM3410/18 : Fotografi FLATLAY


Pada minggu kelima ini, Prof. Dr. Normaliza telah memberi tugasan iaitu kumpulan kami perlu mengambil 4 jenis gambar berbentuk Flatlay. Setiap jenis Flatlay ini perlu 5 gambar yang berlainan produk. 4 Jenis Flatlay ini juga perlu ada tema yang dipilih sendiri oleh kumpulan kami. 4 jenis Flat yang telah ditetapkan adalah, yang pertama, iaitu Flatlay, Half Flatlay, Quarters Flatlay dan akhir sekali Zero Flatlay




Flatlay



                                                                         Half Flatlay




                                                                    Quarter Flatlay


                                                                 Zero Flatlay

Gambar jenis Flatlay merupakan satu kaedah mengambil gambar  dengan meletakkan produk-produk yang telah dipih mengikut tema yang ditetapkan dari arah atas. Mengikut nasihat yang telah diberikan oleh Prof. Dr.N, bagi memastikan gambar yang diambil tidak terlalu padat dan berserabut, props yang digunakan haruslah dikurangkan. Props yang kumpulan kami gunakan kebanyakkanya adalah bunga dan barang-barang alam semulajadi. Kami banyak memainkan faktor warna dalam gambar yang kam hasilkan. Gabungan warna yang dipilih adalah bertujuan untuk menaikan seri gambar tersebut.

Tema yang kami pilih untuk tugasan ini adalah Travel, Food, Gadget, Make-up dan Stationery. Kesemua produk yang kami pilih adalah barang-barang kepunyaan ahli kumpulan kami sendiri. Antara produk yang kami gunakan adalah seperti telefon bimbit, jam tangan, alat tulis dan sebagainya. Barangan ini kami susun mengikut kreativiti masing-masing supaya ianya kelihatan menaik dan cantik.



Proses mengambil gambar ini kami lakukan di sekitar kawasan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM dan di kawasan Kolej 12, UPM. Kesemua ahli kumpulan kami terlibat dalam proses mengambil gambar flatlay ini. Kami menggunakan latar seperti rumput, batu dan kayu sebagai latar kepada gambar kami ini. Aktiviti ini dilakukan pada waktu tengahari dan pencahayaan bagi gambar yang kami hasilkan sangat memuaskan dan menarik.         



No comments:

Post a Comment