Asalamualaikum..Hari nie aku nak share tentang rezeki. Pada hari Rabu minggu lepas, aku telah kehilangan duit di dalam tabung. Jumlah duit yang aku hilang tu tidak perlulah aku jelaskan berapa jumlahnya tetapi peristiwa itu sangat menyedihkan dan buat aku rasa kecewa. Yela hasil titik peluh aku menabung kot tapi boleh hilang macam tu je.. Perasaan pertama yang aku rasa, memag marah sebab aku rasa perbuatan mencuri tu sangat tidak patut dilakukan. Lebih-lebih lagi sebagai mahasiswa yang sedang belajar. Aku tak tahu apa perasaan orang yang mencuri duit tu dan gunakannya tanpa ada rasa bersalah. Aku yang guna barang orang tanpa kebenaran pun rasa bersalah kalau tak minta kebenaran dulu. Rasa geram tu tuhan je tahu.. Samapai aku nak berdoa je untuk Allah temukan aku dengan orang yang mencuri duit aku tu..Benda pertama yang aku nak tanya ialah kenapa dia curi duit aku. Kalau betul dia dalam keadaan terdesak dan memang memerlukan duit, insyaALLAH ada rezeki lebih aku boleh bagikan. Tetapi kenapa perlu mencuri untuk mendapatkan duit.
Sampailah satu hari tu, ada seorang hamba Allah yang mengatakan kepada aku ayat ini "Setiap rezeki bukan milik kita seorang tetapi ada bahagian orang lain". Ayat nie betul-betul menyentap hati aku. Memang ada kebenarannya ayat ini kerana bukan semua yang kita ada milik kita sahaja tetapi mungkin ada hak orang lain. Dalam kes aku ini, mungkin Allah nak bersihkan rezeki aku dengan menghilangkan sedikit duit aku untuk orang lain. Cara duit itu diambil itu mungkin salah tetapi itu memang bahagian yang telah Allah tetapkan untuk dia..Kesimpulannya, kita perlu bersangka baik dengan apa sahaja masalah dan dugaan yang Allah berikan kepada kita dan sentiasa bersyukur dengan apa sahaja rezeki yang diberi walaupun kecil di mata kita tetapi besar di mata pencipta..
No comments:
Post a Comment