Saya merupakan puteri kepada Encik Abriza Bin Jalil. Abah saya adalah idola dan sumber inspirasi saya. Abah adalah seorang yang penyayang tetapi tegas dalam mendidik anak-anaknya. Sebagai seorang anak saya telah dididik untuk menjadi seorang yang kuat dan tidak mudah berputus asa.
Setiap ujian dan dugaan yang datang, perlu dilaui dengan tenang dan sabar jerana setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Kata-kata yang sering diucapkan oleh abah adalah, "Kita yang buat dia, bukan dia yang buat kita". Kata-kata ini bermaksud kita perlu menguasai sesuatu masalah dan bukan masalah yang menguasai kita.Setiap kali saya berasa sedih dan tidak bersemangat, saya akan mengingat kembali kata-kata abah saya ini.
Selain itu, abah saya juga mempunyai hobinya yang tersendiri. Abah sangat suka bersukan dan melakukan aktiviti yang lasak. Abah merupakan seorang yang sangat mementingkan kesihatan tubuh badan. Oleh itu, abah akan memastikan kesihatan tubuh badannya berada dalam keadaan baik. Abah selelu berjogging setiap petang setalah pulang dari kerja. Abah juga suka bersiukan seperti bermain badminton. Aktiviti bersukan ini abah akan lakukan secara berterusan untuk memastikan tahap stamina abah berada dalam keaadaan yang baik. Abah juga sangat mementingkan pengambilan makanan yang sihat. Abah akan menasihati saya untuk mengurangkan pengambilan makanan yang tidak berkhasiat seperti makanan segera kerana ianya tidak berkhasiat dan memudaratkan badan bagi tempoh masa yang panjang.
No comments:
Post a Comment