Followers

Thursday, November 15, 2018

BBM3410/18 : ProfDrN Masuk TV!




Pada Hari Isnin 5 November 2018, di atas persetujuan ProfDrN, kuliah telah dibatalkan tetapi digantikan dengan tugasan online. ProfDrN telah memberi tugasan untuk mengambil gambar beliau yang telah bersiaran secara langsung dalam siaran TV Al-Hijrah.. Prof telah meminta untuk pelajar BBM 3410 untuk mengambil gambar beliau semasa siaran berjalan.. Gambar yang diambil perlulah berlainan antara gambar pelajar dalam kelas.. Dan sperti biasa, gambar yang diambil perlu dimuat naik di dalam instagram masing-masing…Gambar yang diambil perlu diletakkan hashtag #MartabatBahasaMelayuUPM, #PengharmonianAntaraKaum, #BBM3410, #ProfDrN, #200Qoutes dan #AlHijrah. Tapi kan, semasa Prof beri penerangan tentang hujah beliau, mata aku ni bukan sahaja fokus kat Prof sorang.. Tapi turut fokus kat pengacara kat sebelah tu.. jadi confius sekejap nak pandang mana satu.. hahaha..
Maaf ye Prof.. Tapi kan Prof, bukan nak membodek, tapi Prof Nampak cantic sangat hari tu.. Make up On Point! Bukan hari tu je tau, hari-hari lain pun Prof cantic jugak tau..heeeeee..
p.s – Prof..Please comment blog saya…..

ProfDrN telah membincangkan tentang topik Pemartabatan Bahasa Melayu dan Pengharmonian antara Kaum melalui Alam Siber. Setelah mendengar hujah yang disampaikan oleh ProfDrN, banyak input penting dan menarik dapat kita perolehi.. Antaranya ialah, sebagai generasi muda kita haruslah menggunakan media sosial yang ada dengan baik seperti menggunakan bahasa Melayu dengan berkesan. Apabila kita menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan berkesan semasa menggunakan media sosial, hal ini dapat membantu dalam memartabatkan bahasa Melayu itu sendiri. 

No comments:

Post a Comment