Followers

Tuesday, November 6, 2018

BBM3410/18 : APPLE HIJAU UNTUK KURUS


Asalamualaikum….Entry kali ini, aku nak share tentang Apple Hijau…Pada entry yang sebelum ini aku ada share tentang kebaikan teh hijau yang dapat menurunkan berat badan. So, kesinambungan daripada entry yang lepas, aku nak share tentang kebaikan Apple hijau yang dapat membantu menurunkan berat badan. Antara kebaikan lain apple hijau yang aku tahu ialah mampu menstabilkan kadar kolestrol dalam badan. Seperti yang kita tahu, jika kadar kolestrol tinggi dalam badan ia akan memberi kesan yang berbahaya terhadap tubuh badan kita. Kolestrol yang berlebihan dalam badan akan meningkatkan risiko penyakit serangan jantung dan strok. Serat apple hijau akan membantu mengikat lemak jahat dan memprosesnya supaya dapat disingkirkan dari tubuh badan kita..

 Misi aku untuk menurunkan berat badan masih berjalan walaupun kadang-kadang banyak halangan yang melemahkan semangat..Antara punca yang selalu menyebabkan diet aku hancur dan musnah adalah godaan makanan yang tak boleh aku bendung lagi. Jadi aku perlu mencuba pelbagai menu diet yang berlainan supaya aku tidak mudah bosan dan berputus asa untuk memastikan misi menurunkan berat badan aku berjaya.

Aku baru menjalankan diet Apple hijau ini selama seminggu. Aku mengantikan apple hijau ini sebagai makanan malam. Aku ambil sebiji epal hijau dan segelas the hijau pada waktu malam sebagai alas perut aku. Banyak betul kan warna hijau..hahaha.. Kalau tak kurus jugak aku tak tahu lah nak cakap apa…huuuu.. So far, antara kesan pengambilan apple hijau yang aku nampak adalah perut aku rasa selesa pada waktu malam dan mudah untuk tidur.. Aku juga jadi mudah untuk bangun pagi dan badan rasa ringan pada keesokan harinya. Result mengambil apple hijau ini akan aku sambung pada entry yang seterusnya..Doakan aku terus istiqomah menjalankan diet apple hijau ni yee…



No comments:

Post a Comment