Followers

Thursday, November 15, 2018

BBM3410/18 : PANTAI SENOK @ NAMI ISLAND




Asalamualaikum.. Hye.. bersambung bagi entri Visit Kelantan 2018.. Aku nak share dengan korang tentang Pantai Senok tau lebih dikenali sebagai Nami Island versi Kelantan.. Yup Nami Island! Korang jangan ingat ni Nami Island yang kat korea tu tau.. jangan tak tahu kat Kelantan pun ada tempat yang seakan Pulau Nami di korea tu..Serious wei! Korang kena datang sini.. tempat nie cantik sangat.. Pokok yang ditanam secara selari tu Nampak cantik sangat bila ambil gambar.. So, aku apa lagi. Tak lepas peluang untuk mengambil gambar di sini, terima kasih photographer yang tidak bertauliah, iaitu Mida dan Aifa sudi tolong ambil gambar mira walaupun dah banyak kali ambil..Punyalah banyak gambar ambil sampai penuh memori phone..Tabah jela..

Pokok yang ditanam secara selari itu adalah pokok Rhu.. Permandang di Pantai Senok nie cantik sangat.. Kat sini juga kadang-kadang bila waktu cuti ramai yang ambil gambar photoshoot untuk pengantin.. Tapi waktu aku pergi tu, xdela pulak rezeki tengok pengantin buat photoshoot kat sini.. Kat sini jugak, ada gerai makanan yang dibuka di bawah pokok Rhu tu je..Best! Ada menu special iaitu Mee Celup yang hanya boleh didapati di Kelantan je.. dapat pulak minum air kelapa yang fresh tu..huh.. hilang stress dapat pergi sini..




Pantainya juga sangat lah cantik dan mendamaikan.. Disebabkan ProfDrN ada memberi tugasan iaitu mengambil 10 keping gambar permandangan di kampung, so aku tak lepaskan peluang untuk mengambil seberapa banyak gambar yang ada untuk dijadikan modal gambar di instgram nanti..hahaha..Sanggup basah-basah kaki seluar demi mendapat sebuah gambar yang cantik..Fuhh! susah jugak jadi model nie kan.. Kebas muka aku senyum tak habis-habis. Letih betul… Kasut yang aku pegang tu barang prop tau.. Tu kasut Mida..Kesian mida kaki panas taka da kasut..

No comments:

Post a Comment