Siapa ada masalah
suka mengumpul duit syiling yang banyak..Kita geng!. Aku sangat suka mengumpul
duit syiling dan bila aku dapat lihat duit syiling yang banyak dan berat
menjadi satu kepuasan dalam diri aku..Segala jenis duit syiling aku akan simpan
termasuklah duit syiling bernilai 5 sen. Masalah yang datang dari hobi aku ini
adalah aku susah untuk menukar duit syiling ini kepada duit kertas apabila dah
terlampau banyak. So, aku google jalan penyelesaian terhadap masalah aku ini.
Aku jumpa satu solution yang bagi aku sangat mudah dan cepat digunakan.
Penyelamat aku ini ialah Mesin Deposit
Duit Syiling!
Mesin deposit duit
syiling ini tidak terdapat pada semua cawangan bank. Hanya cawangan bank yang
tertentu sahaja yang mempunyai perkhimadtan mesin deposit ini. So, pada sesiapa
yang berminat nak menukar duit syiling, sila pergi ke laman web rasmi bank yang
korang ada dan semak senarai cawangan yang mempunyai perkhidmatan ini ye. Bagi
aku pula, disebabkan aku mempunyai account CIMB Bank, aku memilih cawangan CIMB
Bank yang berdekatan dengan aku untuk menukar duit syiling ini.
Gambar kat bawah
ni aku sertakan sebagai panduan untuk korang guna mesin deposit duit syiling
ini..Jangan salah guna pulak ye..heeee..
Pesanan yang
sangat penting aku nak bagitahu..Sebelum korang pergi cawangan bank yang ada
mesin deposit duit syiling ini, sila hubungi pihak bank dahulu untuk memastikan
perkhidmatan mesin ini dapat digunakan. Aku nasihatkan korang pergi awal pagi
kerana kebiasaanya apada sebelah petang mesin ini dah penuh..So untuk
mengelakkan korang tunggu lama, better pergi awal pagi ye..
Ohh..lupa..lagi
satu aku nak pesan, mesin ni memang mengeluarkan bunyi yang sangat bising..so
minta korang bertabah lah ye bila orang pandang kat korang lain macam..hahaha..
semoga berjaya..Fighting!
No comments:
Post a Comment