Followers

Thursday, October 11, 2018

BBM3410/18 : UPM Tiada Air!



Pada minggu lepas, pihak MPP UPM, telah menghebahkan kepada pelajar bahawa UPM akan mengalami masalah gangguan air selama 3 hari bermula dari hari selasa 9/10/2018 sehingga hari khamis 11/10/2018. Masalah ketiadaan air di kolej ini sangat menyukarkan aktiviti pelajar di kolej. Pelajar di kolej terpaksa menadah air yang banyak di dalam baldi bagi memudahkan urusan pembersihan diri. Baju yang kotor juga tidak dapat dibasuh kerana perkhidmatan dobi juga tergendala kerana masalah air ini. Setelah berada di kediaman kolej daripada semester satu lagi, masalah gangguan air kerap menghantui pelajar-pelajar di sini.

Oleh itu, pihak pengurusan Universiti Putra Malaysia dan majlis perwakilan pelajar MPP UPM perlu mencari jalan penyelesaian kepada masalah gangguan air ini. Hal ini kerana masalah gangguan air ini sangat menganggu kelancaran aktivi pelajar di kolej.
Jangan tanya kenapa ramai yang pergi kelas macam zombie..hahaha..
Betabahlah ye kawan-kawan..Sesungguhnya Allah menguji kita..hmmmm..

No comments:

Post a Comment