Followers

Tuesday, October 2, 2018

BBM3410/18 : PESTA MAKANAN

Pada 25 September 2018, Muzium Warisan Melayu, Universiti Putra Malaysia telah mengadakan program Pesta Makanan Tradisional Melayu. Program ini telah diadakan bertujuan untuk memperkenalkan dan menghidupkan kembali makanan tradisional Melayu kepada generasi pada masa kini. Program ini memberikan pendedahan kepada pelajar untuk mempelajari cara masakan dan merasai sendiri masakan melayu tradisional yang susah untuk kita jumpa pada masa hari ini. Para peniaga yang mengikuti program ini telah memperkenalkan makanan mereka untuk dijual kepada penmbeli. Para pelajar juga telah diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam sesi penjualan makanan.

Antara pensyarah yang mengambil bahagian untuk menjual makanan ini adalah Dr. Rohaidah Kamaruddin dan Dr. Norazlina Mohd Kiram. Dr. Rohaidah Kamarudin telah menjual makanan tradisional Negeri Sembilan. Antara makanan tradisional Negeri Sembilan yang dijual ialah ikan sembilang masak lemal cili api, telur itik masak lemak cili api dan sebagainya. Dr Norazlina Mohd Kiram pula telah menjual laksa yang telah dimasak oleh beliau sendiri. Melalui aktiviti ini, pelajar berpeluang merasai air tangan pensyarah sendiri.

No comments:

Post a Comment