Followers

Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18 : Video Tanpa Wajah

Nota Video Tanpa Wajah

1. Tidak perlu menampakkan muka.

  • Video tanpa wajah dihasilkan tidak perlu memperlihatkan muka dalam video. 
  • Hanya bahasa tubuh sahaja yang memainkan peranan dalam dalam video jenis ini.
  • Muka tidak boleh diperlihatkan sama sekali.
  • Jika ada babak yang menampakkan sedikit muka, perlu ditutup muka dengan barang prop yang dipilih.
  • Contohnya, menutup muka dengan pakaian sepertti tudung dan barangan yang lain. 
  • Muka perlu dielakkan untuk dilihat sama sekali.
2.  Fokus kepada satu objek sahaja.
  • Fokus kepada satu objek sahaja bermaksud video yang dirakam perlu fokus kepada satu objek sahaja.
  •  Objek yang dipilih memainkan peranan dalam dalam menterjemahkan penceritaan video tersebut.
  • Objek yang dipilih perlulah sama dan tidak bertukar dari awal video sehingga akhir video.
  •  Contohnya memilih objek seperti pisau, pisau perlulah berada dalam video dari awal sehingga akhir video.
  • Pisau merupakan perkara yang difokuskan dalam video tanpa wajah ini. 
3. Mempunyai jalan cerita.
  • Video tanpa wajah ini perlulah dihasilkan dengan mempunyai jalan cerita yang telah ditetapkan.
  • Jalan cerita yang ingin dipersembahkan perlulah difahami dengan mudah agar penonton boleh memahami jalan cerita yang ingin ditonjolkan. 
  • Jalan cerita yang dipilih tidak terhad kepada beberapa jumlah babak tetapi boleh menonjolkan beberapa jenis babak untuk memudahkan penonton memahami cerita.

No comments:

Post a Comment