Followers

Tuesday, September 25, 2018

BBM3410/18 : Diri Saya


Asalamualaikum dan selamat sejahtera..ini adalah entri pertama saya dalam blog ini. Blog ini saya hasilkan adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan subjek BBM3410 Multimedia Dalam Bahasa. ProfDrN telah mengarahkan semua pelajar kursus beliau untuk membuat blog yang bertujuan suapaya pelajar dapat menulis dengan berkesan menggunakan kaedah blog. Melalui aktiviti ini, pelajar juga akan diberi pendedahan tentang proses menghasilkan blog yang baik dan bermanfaat.
                                                                                                            
Sebeleum sya memulakan entri yang seterusnya, izinkan saya memperkenalkan serba sedikat tentang diri saya. Nama saya Nuramira Binti Abriza..Saya berasal daripada Negeri Sembilan. Saya sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia dan mengambil kursus Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM.
Saya merupakan pelajar tahun akhir dan dijangka akan bergraduasi pada tahun depan iaitu bulan Oktober 2019. Saya mempunyai hobi iaitu suka menulis dan membaca novel. Oleh kerana minat yang mendalam dalam bidang penulisan, maka saya telah memilih Minor Penulisan demi memenuhi keperluan kursus.

No comments:

Post a Comment