Followers

Tuesday, September 25, 2018

BBM3410/18 : Kuliah Minggu 1




 


Pada kuliah minggu pertama, ProfDrN telah memberikan tugasan untuk mencari gambar fotografi yang mempunyai gambar permandangan. Gambar permandangan ini haruslah dicari di majalah lama. Kumpulan Akasia Production telah membeli majalah yang mempunyai gambar yang menepati cicri-ciri yang diinginkan oleh ProfDrN. Selain itu, kami juga diminta untuk membeli soft board, gam dan gunting.. Segala peralatan ini perlu digunakan untuk menyelesaikan tugasan ini. Gambar yang telah dipilih digunting mengikut ukuran yang diminta dan ditampal pada soft board yang dibeli. Pelajar juga telah diingatkan untuk menampal gambar pada soft board dengan berhati-hati. Hal ini kerana bagi memastikan yang gambar yang ditampal dengan gam tidak comot dan kotor.

Gambar yang dilampirkan di bawah adalah gambar yang diambil semasa proses menyiapkan tugasan Asas Fotografi dan beberapa hasil gambar yang telah siap ditampal..
Sila rujuk gambar di bawah ye...

                            

BBM3410/18 : Diri Saya


Asalamualaikum dan selamat sejahtera..ini adalah entri pertama saya dalam blog ini. Blog ini saya hasilkan adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan subjek BBM3410 Multimedia Dalam Bahasa. ProfDrN telah mengarahkan semua pelajar kursus beliau untuk membuat blog yang bertujuan suapaya pelajar dapat menulis dengan berkesan menggunakan kaedah blog. Melalui aktiviti ini, pelajar juga akan diberi pendedahan tentang proses menghasilkan blog yang baik dan bermanfaat.
                                                                                                            
Sebeleum sya memulakan entri yang seterusnya, izinkan saya memperkenalkan serba sedikat tentang diri saya. Nama saya Nuramira Binti Abriza..Saya berasal daripada Negeri Sembilan. Saya sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia dan mengambil kursus Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM.
Saya merupakan pelajar tahun akhir dan dijangka akan bergraduasi pada tahun depan iaitu bulan Oktober 2019. Saya mempunyai hobi iaitu suka menulis dan membaca novel. Oleh kerana minat yang mendalam dalam bidang penulisan, maka saya telah memilih Minor Penulisan demi memenuhi keperluan kursus.